Wednesday 2 November 2011

sedikit selingan

Bismillah. 

Baru submit SSC slides untuk presentantion yang saya taklah berapa suka. Tapi bukankah besar maknanya membuat sesuatu yg kita tak suka jika niatnya kerana Allah ta'ala? Bukankah Allah mahu melihat usaha kita berbanding dengan nilai akhirnya? Tidakkah harta yang kita sedang kumpul itu bukannya kemegahan atau kesenangan dunia? Maka, mengapa cik adik gundah gelana?*chewah blush blush. falfasah skeyyt..walaupun ku tahu bahasa ibundaku agak memalukan standardnya ;p*

Baiklah. inginku bercerita. seorg insan sedang merawat hatinya yang sedikit terluka. bukanlah kerana perbuatan manusia. cuma, kadang-kadang terkesima dengan situasi yang menimpa  hehe, Alhamdulillah setiap kesusahan itu pasti diikuti dengan kemudahan. Janji Allah itu pasti. Maka Allah sentiasa bersama, janganlah bersedih kerana perkara-perkara yang kecil dan rapuh ini. Mungkin Allah tetapkan yang demikian itu kerana Dia lebih tahu dan mahukan yang terbaik untukmu. 

Okaylah, baik saya berhenti di sini sebelum memalukan diri lebih lanjut.

Salam perantau dari Bumi Allah,
nmj

No comments:

Post a Comment