Tuesday 3 January 2012

of 2012

bismillah. 


ok, baiklah, mari kita berhenti dengan sedih2 dan depress di kala musim2 winter yang cepat benar gelapnya..hehe.


Alhamdulillah Allah bagi kita nikmat untuk hidup dan melihat calendar bertarikh 2012. 
aduhai, selalu je tahu kan masa kita ni bila-bila Allah boleh tarik, jadila sempit, sempit masa, sempit dada.  dan kalau Allah nak habiskan terus masa kita, jadila kita tidur yang lama tu, yang sampai berbunyi sangka kala yang kedua baru kita bangun semula. innalillahiwainnalillahi raji'un.

Kadang-kadang fikir sendirian time2 cuti ni, mengapa saya rasa sungguh la kosong jiwa ni, sungguhla kosong bila tak ada usrah ni, bila tak ada pengisian jiwa. Dan lebih teruk lagi bila rasa nak beramal tu ingat daripada berusrah je yang boleh dapat pahala..

aduhai, sebenarnya Islam tu sangat luas kan ruang ibadatnya. Kenapa tak vacuum rumah wahai cik nad? bukan ke "an-Nazhafaru minal iman"? Kan boleh dapat pahala juga tu?

dan untuk diri yang termotivasi untuk study ni, sila la, sbb kan Allah sayang hambaNya yang berilmu.

"Kelebihan seorg 'Alim (ilmuwan) terhadap seorg 'Abid (ahli ibadah) ibarat bulan purnama terhadap seluruh bintang." (HR Abu Daud).. hihi tiba-tiba rasa special pulak. :)

"Barangsiapa merintis jalan merintis jalan mencari ilmu maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga." (HR Muslim)


اُطْلُبُوْا العِلْمَ وَلَوْ في الصِّينِ
“Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke negeri China.” (ada pendapat mengatakan ni hadith dhaif tapi gist dia masih baik kan?)

baiklah, saya akhiri nota kali ini dengan ucapan, Malas, malas go away! Mari study lillah! :)





 
hihi, pics Malam Secreto de Amor dan sesi menghabiskan daging korban. 
Muax, 
nad

1 comment: